Saturday 2 April 2011

Kopi the Coffee



Kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstraksi biji tanaman kopi.
Kata kopi sendiri berasal dari bahasa Arab qahwah yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi. Kata qahwah kembali mengalami perubahan menjadi kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudian berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda. Penggunaan kata koffie segera diserap ke dalam bahasa Indonesia menjadi kata kopi yang dikenal saat ini.
Secara umum, terdapat dua jenis biji kopi, yaitu arabika (kualitas terbaik) dan robusta.
Sejarah mencatat bahwa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan berenergi pertama kali ditemukan oleh Bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 tahun (1000 SM) yang lalu. Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman paling populer di dunia yang dikonsumsi oleh berbagai kalangan masyarakat.Indonesia sendiri telah mampu memproduksi lebih dari 400 ribu ton kopi per tahunnya. Di samping rasa dan aromanya yang menarik, kopi juga dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanker, diabetes, batu empedu, dan berbagai penyakit jantung (kardiovaskuler).

sumber : http://id.wikipedia.org/

Kuih Lapis



Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Laksa Penang



Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura . Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.
 

Kuih Bahulu



Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.
Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

Kuih Akok



Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Kuih Ros



Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros atau loyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang di goreng dalam minyak masak.
Kuih ini kemungkinannya berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana ia dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam. bagaimanapun 'Achu Murukku' adalah lebih berempah dan agak pedas.
Di Malaysia, ia dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, ia dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Ia biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Kuih Seri Muka



Kuih seri muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional di kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Suatu ketika dahulu ianya menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis keramaian. Kuih ini juga sesuai dijadikan hidangan ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Keistimewaan kuih ini adalah dimana, pulut yang telah dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan di bahagian atasnya serta dikukus hingga masak. Kuih seri muka ini juga boleh didapati dalam dua warna samada warna hijau ataupun warna coklat.
 

sumber : http://www.daftarwarisan.gov.my/