Saturday 2 April 2011

Nasi Lemak



 
Latar Belakang Sejarah :
Nasi lemak merupakan salah satu makanan harian masyarakat di Malaysia. Ia biasanya dimakan pada waktu pagi. Namun kini ianya turut menjadi pilihan ketika makan malam. Nasi lemak amat terkenal di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Nasi lemak dimasak menggunakan santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya, manakala daun pandan dimasukkan bagi menambahkan aroma. Lauk yang biasa dihidangkan bersama nasi lemak ialah sambal tumis, telur ayam rebus, kacang goreng dan timun sebagai ulaman. Namun kini, lauknya dipelbagaikan dengan pilihan lauk-pauk seperti rendang daging, ayam goreng, sotong atau udang bersambal dan sebagainya.

Pada masa dahulu nasi lemak merupakan bekalan kepada pesawah, petani dan penoreh getah. Ini kerana pekerjaan yang mereka lakukan memerlukan tenaga yang banyak dan dengan itu nasi lemak mampu memberi tenaga kepada mereka kerana nasi lemak merupakan makanan yang berkalori tinggi.
 

sumber : http://www.daftarwarisan.gov/

No comments:

Post a Comment