Saturday 2 April 2011

Kopi the Coffee



Kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstraksi biji tanaman kopi.
Kata kopi sendiri berasal dari bahasa Arab qahwah yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi. Kata qahwah kembali mengalami perubahan menjadi kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudian berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda. Penggunaan kata koffie segera diserap ke dalam bahasa Indonesia menjadi kata kopi yang dikenal saat ini.
Secara umum, terdapat dua jenis biji kopi, yaitu arabika (kualitas terbaik) dan robusta.
Sejarah mencatat bahwa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan berenergi pertama kali ditemukan oleh Bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 tahun (1000 SM) yang lalu. Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman paling populer di dunia yang dikonsumsi oleh berbagai kalangan masyarakat.Indonesia sendiri telah mampu memproduksi lebih dari 400 ribu ton kopi per tahunnya. Di samping rasa dan aromanya yang menarik, kopi juga dapat menurunkan risiko terkena penyakit kanker, diabetes, batu empedu, dan berbagai penyakit jantung (kardiovaskuler).

sumber : http://id.wikipedia.org/

Kuih Lapis



Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Laksa Penang



Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura . Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.
 

Kuih Bahulu



Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.
Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

Kuih Akok



Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Kuih Ros



Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros atau loyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang di goreng dalam minyak masak.
Kuih ini kemungkinannya berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana ia dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam. bagaimanapun 'Achu Murukku' adalah lebih berempah dan agak pedas.
Di Malaysia, ia dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, ia dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Ia biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

Kuih Seri Muka



Kuih seri muka merupakan salah satu daripada kuih tradisional di kalangan masyarakat Melayu di negara kita. Suatu ketika dahulu ianya menjadi pilihan utama untuk majlis-majlis keramaian. Kuih ini juga sesuai dijadikan hidangan ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Keistimewaan kuih ini adalah dimana, pulut yang telah dikukus kemudiannya dilapiskan dengan campuran tepung, gula dan santan di bahagian atasnya serta dikukus hingga masak. Kuih seri muka ini juga boleh didapati dalam dua warna samada warna hijau ataupun warna coklat.
 

sumber : http://www.daftarwarisan.gov.my/

Otak-otak


Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Sekiranya di dibungkus dalam daun pisang, ia dikenali sebagai pais.
Sungguhpun otak-otak ikan paling biasa, terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, menghasilkan tekstur yang lebih pelbagai. Di Muar, terdapat juga otak-otak dari sotong, kepala ikan dan juga ayam.

sumber : http://ms.wikipedia.org

Nasi Dagang

Nasi dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Kelantan pula biasanya berwarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol).
 
sumber : http://www.daftarwarisan.gov.my/

Nasi Kandar


Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung , bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

sumber : http;//ms.wikipedia.org

Nasi Kerabu



Nasi kerabu amat terkenal di Pantai Timur tanah air khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia menjadi hidangan utama ketika sarapan pagi bagi masyarakat di sana.

Nasi kerabu adalah hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, budu dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun, kobis, daun kesum, kacang panjang dan lain-lain. Ulam-ulaman tersebut dihiris halus sebelum dimakan. Warna biru nasi tersebut adalah menggunakan bunga telang. Namun kini, bahan pewarna digunakan bagi menggantikan bunga telang yang semakin sukar untuk didapati. Kini, nasi kerabu boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara.

sumber : http://www.daftarwarisan.gov.my/

Chocolate


nothing can stop by loving the chocolate

Cokelat dihasilkan dari kakao (Theobroma cacao) yang diperkirakan mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara sampai ke Amerika Tengah. Mungkin sampai ke Chiapas, bagian paling selatan Meksiko.
Orang-orang Olmec memanfaatkan pohon dan, mungkin juga, membuat “cokelat” di sepanjang pantai teluk di selatan Meksiko. Dokumentasi paling awal tentang cokelat ditemukan pada penggunaannya di sebuah situs pengolahan cokelat di Puerto Escondido, Honduras sekitar 1100 -1400 tahun SM [1].

sumber : http;//www.elmerchocolatier.com


Tosai



Tosai merupakan makanan yang terkenal di Malaysia. Ia dibuat daripada beras, urid dhal dan halba yang direndam semalaman. Kemudian, bahan-bahan ini dikisar halus. Cara memasak tosai adalah dengan meratakannya di atas kuali leper. Ia dimasak sehingga garing. Ia dimakan bersama kuah dhal atau kuah kari.

sumber : http://www.daftarwarisan.gov/
 

 Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin .

sumber : http://ms.wikipidea.org/

Nasi Lemak



 
Latar Belakang Sejarah :
Nasi lemak merupakan salah satu makanan harian masyarakat di Malaysia. Ia biasanya dimakan pada waktu pagi. Namun kini ianya turut menjadi pilihan ketika makan malam. Nasi lemak amat terkenal di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Nasi lemak dimasak menggunakan santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya, manakala daun pandan dimasukkan bagi menambahkan aroma. Lauk yang biasa dihidangkan bersama nasi lemak ialah sambal tumis, telur ayam rebus, kacang goreng dan timun sebagai ulaman. Namun kini, lauknya dipelbagaikan dengan pilihan lauk-pauk seperti rendang daging, ayam goreng, sotong atau udang bersambal dan sebagainya.

Pada masa dahulu nasi lemak merupakan bekalan kepada pesawah, petani dan penoreh getah. Ini kerana pekerjaan yang mereka lakukan memerlukan tenaga yang banyak dan dengan itu nasi lemak mampu memberi tenaga kepada mereka kerana nasi lemak merupakan makanan yang berkalori tinggi.
 

sumber : http://www.daftarwarisan.gov/

Che laici

Inilah saya , che laici . Saya amat menyukai makanan . Namun , saya amat cerewet tentang memilih makanan yang sesuai .