Saturday 2 April 2011

Kuih Ros



Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros atau loyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang di goreng dalam minyak masak.
Kuih ini kemungkinannya berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana ia dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam. bagaimanapun 'Achu Murukku' adalah lebih berempah dan agak pedas.
Di Malaysia, ia dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, ia dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Ia biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

sumber : http://ms.wikipedia.org/

1 comment: