Saturday 2 April 2011

Nasi Kerabu



Nasi kerabu amat terkenal di Pantai Timur tanah air khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia menjadi hidangan utama ketika sarapan pagi bagi masyarakat di sana.

Nasi kerabu adalah hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, budu dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun, kobis, daun kesum, kacang panjang dan lain-lain. Ulam-ulaman tersebut dihiris halus sebelum dimakan. Warna biru nasi tersebut adalah menggunakan bunga telang. Namun kini, bahan pewarna digunakan bagi menggantikan bunga telang yang semakin sukar untuk didapati. Kini, nasi kerabu boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara.

sumber : http://www.daftarwarisan.gov.my/

No comments:

Post a Comment